ZCOOP is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Belajar Menyimpan Duit

Belajar Menyimpan Duit

Pada masa kini, dalam keadaan ekonomi kita yang kurang memberangsangkan, kita perlu belajar menerapkan dalam diri untuk menyimpan duit. Belajarlah menyimpan duit walaupun sedikit. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Menyimpan duit adalah satu kewajiban di zaman moden ini. Tanpa duit, kelak kita akan hidup susah. Oleh itu, memang dititikberatkan untuk menyimpan. Jika kita sudah belajar menyimpan, andai kata kita ditimpa kesusahan, kita tidak perlu meminta-minta. Bukan semua orang boleh dan mahu menghulurkan bantuan di kala kita di dalam kesusahan. Oleh sebab itu, kita perlu bertindak sendiri demi masa depan kita sendiri. Berikut adalah beberapa tips untuk menyimpan duit yang boleh dipraktikkan.

a)    Kurangkan Berbelanja
Beli sesuatu mengikut keperluan dan juga kemampuan. Jangan beli sesuatu benda atas sebab mengikut orang lain. Kata orang, ukur baju di badan sendiri. Bila kita kurangkan belanja, kita dapat menyimpan duit. Duit tidak habis tanpa arah tujuan.

b)    Kurangkan Berhutang
Jangan berhutang sehingga anda tidak ada duit di tangan untuk dijadikan simpanan. Pada masa kini, tawaran pinjaman yang meluas adalah tidak digalakkan. Jika kita meminjam dengan cara begitu, kita hanya akan punya duit untuk jangkamasa yang singkat sebenarnya tetapi akan dibebani dengan bayaran jangkamasa yang panjang. Andai mahu membeli sesuatu, buatlah simpanan setiap bulanan. Bila duit sudah mencukupi, barulah boleh membeli apa yang diimpikan. Dari situ, kita tidak terikat dengan bebanan hutang.

c)    Potongan Gaji
Buatlah potongan gaji lebih memudahkan. Kita tidak perlu memikirkan untuk menyimpannya sendiri. Selalunya kalau kita mahu menyimpan sendiri, modus operandi itu tidak akan tercapai. Ada banyak cabang kita boleh menyimpan. Contohnya Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera, Sijil Simpanan Premium, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

d)    Simpan Ikut Warna Duit
Sekarang popular menyimpan duit ikut warna. Ini kaedah yang boleh digunakan untuk menyimpan sendiri di rumah. Cara ini boleh mendatangkan keseronokan apabila melihat duit sewarna yang disimpan semakin banyak. Tabung ini mungkin boleh dibezakan dengan keperluan tertentu. Contohnya tabung melancong.

Adakah anda mempunyai cara-cara lain untuk menyimpan duit yang boleh dikongsikan? Berikan komen anda di ruangan di bawah.
 

Tips on How to Spring Clean Your Closet

Tips on How to Spring Clean Your Closet

3 Steps to Start Living Green Lifestyle

3 Steps to Start Living Green Lifestyle