ZCOOP is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Cara Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Cara Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Hubungan jarak jauh atau lebih dikenali sebagai Long Distance Relationship (LDR) biasanya dialami oleh beberapa pasangan. Pada masa kini, kebanyakkan pasangan suami isteri mengalami situasi begini kerana suatu keadaan dan juga keterpaksaan. Situasi begini selalunya terjadi atas tuntutan kerja. Jika anda ingin memastikan hubungan anda berjalan dengan lancar, berikut adalah cara-cara menjaga hubungan jarak jauh.

a) Selalu Berhubung

Untuk memastikan agar hubungan jarak jauh ini tetap mantap adalah dengan selalu berhubung. Meski pun berjauhan, perlulah bijak membahagikan waktu dan carilah masa yang sesuai untuk menghubungi pasangan anda. Tak kiralah melalui SMS, telefon atau sebagainya. Komunikasi dalam perhubungan adalah satu perkara yang amat dititikberatkan. Berkomunikasi antara satu sama lain adalah untuk menjaga hubungan agar terus baik. Kurang berkomunikasi akan membuatkan hubungan jarak jauh ini bertambah hambar. Zaman kini yang mempunyai teknologi yang serba canggih, tidak ada lagi alasan untuk tidak berhubung dengan pasangan anda.

b) Saling Percaya

Aspek yang paling penting adalah saling percaya antara satu sama lain demi memelihara hubungan jarak jauh ini. Tanpa adanya sikap percaya pada pasangan akan membuatkan diri kita tertekan. Selain itu, ia menjadikan hubungan menjadi renggang jika kita kerap dihantui dengan perasaan syak wasangka yang melebih-lebih pada pasangan. Sifat ragy akan menimbulkan isu pergaduhan dengan mudah. Tanpa sebuah kepercayaan yang kuat semuanya boleh hancur. Jadi haruslah sentiasa berfikiran positif terhadap pasangan. Kerap berfikiran yang negatif terhadap pasangan ibarat mendoakan pasangan untuk ke arah yang negatif juga.

c) Kesetiaan

Aspek ini juga perlu dititikberatkan dalam hubungan jarak jauh. Apabila pasangan  sudah mempercayai, janganlah mengkhianati kepercayaan itu. Jagalah hati pasangan anda sebaik mungkin. Anda perlu elakkan membuka ruang-ruang yang menjebakkan diri dengan orang ketiga. Jangan dilayan anasir jahat yang akan menjerumuskan diri anda untuk berlaku curang. Sekali kesetiaan itu dikhianati anda akan menyesal kerana semuanya tidak akan sama lagi.

d) Sibukkan Diri

Bila berjauhan dengan pasangan, pasti anda akan berasa sepi. Carilah aktiviti-aktviti yang berfaedah seperti ke kuliah agama, aktiviti persatuan mahu pun melakukan hobi untuk mengatasi rasa kesepian ini. Dengan kesibukan diri, pasti kita dapat menghindarkan diri melakukan perkara-perkara yang tidak elok untuk hubungan. Jauhkan daripada mencari teman berlawanan jantina untuk mengisi kesepian anda. Bahaya!

e) Buat Lawatan

Buat perancangan atau kejutan untuk melawat pasangan anda. Sesekali anda juga perlu melawatnya dan tidak semestinya menunggu pasangan anda pulang selalu. Sekurang-kurangnya anda boleh melihat keadaan pasangan anda pula di sana. Pasangan anda pasti menghargai perbuatan anda itu dan akan menguatkan lagi rasa kasih sayang.

f) Beri Sokongan

Bagi pasangan yang berjauhan ini pasti akan dirundung perasaan sedih dan pilu. Masing-masing memerlukan kekuatan untuk melalui hari-hari mendatang saat berjauhan. Suami atau isteri perlulah sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat pada pasangan. Pengorbanan itu adakalanya menyakitkan namun jika mahu berjaya pada masa hadapan anda perlu dilalui dengan tabah. Berilah sokongan pada pasangan demi kesenangan bersama.

Adakah anda mempunyai cara-cara lain menjaga hubungan jarak jauh? Berikan komen anda di ruangan di bawah.

Acceptance Would Make a Happy Marriage

Acceptance Would Make a Happy Marriage

Top 6 College Wardrobe Essential

Top 6 College Wardrobe Essential