ZCOOP is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Jangan Sesekali Abaikan Waktu Tidur Anda

Jangan Sesekali Abaikan Waktu Tidur Anda

Tidur nyenyak dengan waktu yang mencukupi pada waktu malam amat penting untuk kecergasan fizikal mahupun mental. Apabila anda tidur cukup lapan jam setiap malam, anda dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, diabetes dan tekanan yang melampau.

 

Tidur yang cukup juga dapat mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung serta dapat mengawal berat badan anda. Apabila tidur lewat, anda akan berasa lapar dan menyebabkan anda makan berlebihan.

 

 

Masalah tidur tidak mencukupi semakin meningkat. Ini akan menyebabkan sistem imun menjadi lemah dan mengakibatkan anda mudah dijangkiti selsema atau sebarang jangkitan.

 

 

Kurang tidur juga boleh mengakibatkan sakit kepala, mudah terasa letih pada waktu siang sehingga menyebabkan anda mudah tertekan dan murung. Akibatnya, anda sukar melakukan kerja dengan cekap, kelam kabut dan akhirnya mengalami tekanan melampau sehingga menjejaskan kesihatan.

 

Jadi, bertindaklah sekarang dengan mendapatkan tidur yang cukup seperti yang disyorkan iaitu tidur selama lapan jam. Anda bukan saja dapat merehatkan minda dan fizikal anda dengan secukupnya, malah dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit yang dapat membahayakan nyawa anda.

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Anda ada tips untuk mengatasi masalah kurang tidur? Kongsikan di ruangan komen.

How to Stay Happy in a Long Term Relationship

How to Stay Happy in a Long Term Relationship

The Conscious Consumer: 3 Reasons to Go Cruelty-Free

The Conscious Consumer: 3 Reasons to Go Cruelty-Free