ZCOOP is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

6 Tips untuk Tangani Panas Baran Pasangan

6 Tips untuk Tangani Panas Baran Pasangan

Hubungan percintaan tidak kira ketika bergelar kekasih mahupun sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata adalah medan untuk pasangan memahami antara satu sama lain. Apatah lagi apabila anda berdepan dengan pasangan yang baran walau hanya kerana hal remeh temeh je. Pasti rimas dan menyampah bukan? Ikuti beberapa tips untuk anda menangani karenah pasangan si panas baran.

shutterstock_379792828.jpg

1. BERI MASA

Kebiasannya orang yang cepat marah mudah untuk kembali normal dalam masa yang singkat juga. Apabila mereka mula menunjukkan rasa tidak puas hati tentang sesuatu perkara yang dibincangkan, berhenti daripada membicarakan perihal itu dan biar dia melayan amarahnya tanpa anda bersuara. Ya, mungkin dia akan menghempas pintu keluar bilik kerana tidak tahan dengan perasaannya yang membuak-buak itu, tetapi dia pasti akan kembali ke dalam bilik dengan senyuman manja serta kata maaf kerana terkasar bahasa. 

Apa yang pasti, biar dia buang segala amarah yang ada. Masa akan menyembuhkan dan mengurangkan rasa itu.

 

2. RESPONS ANDA TIDAK DIALUKAN

Hanya baju yang diingini di kedai kegemarannya kehabisan stok, dia marah-marah serta mengamuk tidak tentu hala. Jika anda cuba untuk memberi penjelasan mengapa hal itu berlaku, anda hanya akan mengundang parah dan meningkatkan lagi amarahnya. Jangan cuba untuk menenangkan kerana itu membuatkan mereka rasa lebih tercabar. Mereka menganggap pendapat mereka sahaja yang betul, walaupun jelas segala maklumat yang anda sampaikan adalah mengikut logik.

 

3. ELAK TERLIBAT DALAM PERTENGKARAN

Selalunya mereka yang mempunyai sifat baran ini mampu untuk menukar perkara kecil mejadi isu besar. Secara perlahan-lahan, dia juga akan membawa anda terlibat sama dalam permasalahan yang dicipta sendiri. Sebaik sahaja anda menyuarakan pendapat anda, jangan sesekali membalas apa juga yang dia cakapkan.

iStock_20947605_LARGE.jpg

4. PUNYAI KESABARAN

Berhubungan dengan seseorang yang mempunyai masalah kawalan emosi memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Cuba sedaya upaya mampu untuk bertindak sebaliknya kerana jika anda turut bersikap negatif sepertinya, hubungan kalian tidak akan kemana. Jadi tenang dan tidak melatah tidak bermakna memberi peluang untuk dipijak, tetapi ia memberi contoh yang baik kepada pasangan.

 

5. JANGAN MENGIYAKAN SEGALANYA

Namun, tidak semua yang dia lakukan adalah betul. Jika amarahnya itu sampai ke tahap mengugut, mencederakan anda serta merosakkan harta benda, ia tidak harus berterusan begitu. Mereka perlu belajar untuk mengawal perbuatan serta kata-kata yang menyinggung perasaan. Had kesabaran anda juga ada tahapnya. Biar mereka tahu yang anda juga ada perasaan yang perlu dihormati.

 

6. SOKONGAN LUAR

Kadangkala, sifat mudah marah ini perlu dirawat menggunakan khidmat pakar. Ketahuilah bahawa sikap mudah marah boleh menyebabkan perkara yang lebih teruk seperti kurang waras dan tekanan jiwa. Biar mereka sedar yang anda ingin mereka mengubah sifat buruk anda ini untuk masa depan yang lebih baik.

 

Bagaimana anda tangani perasaan amarah pasangan anda? Kongsikannya di ruangan komen di bawah.

Women and Office Politics, Time to Straighten Things Out

Women and Office Politics, Time to Straighten Things Out

How to Be Romantic, Even If You Are Not #Relationshipgoals

How to Be Romantic, Even If You Are Not #Relationshipgoals