ZCOOP is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Resepi Coleslaw yang Pasti Sedap

Resepi Coleslaw yang Pasti Sedap

Makanan merupakan keperluan yang penting terhadap kehidupan seharian. Citarasa seseorang terhadap makan adalah berbeza-beza. Ada yang suka makanan melayu, barat, pedas dan ada juga yang sukakan hanya kepada buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan juga adalah sumber tenaga yang sentiasa diperlukan oleh tubuh badan. Untuk mengekalkan kesihatan, makanan seimbang teramatlah diperlukan di dalam kehidupan seharian.

Piramid makanan ada menunjukkan jumlah makanan yang perlu kita ambil setiap hari. Kumpulan makanan yang paling banyak yang perlu di ambil adalah karbohidrat (bijirin), diikuti vitamin (sayur-sayuran dan buah-buahan), protein (ikan, ayam, daging dan susu) dan akhir sekali adalah lemak (minyak, gula dan garam). Setiap tingkat makanan itu mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam tubuh badan manusia.

Walaupun kita sudah tahu akan kepentingan makanan dan diet seimbang terhadap tubuh badan, namun sering juga kita leka untuk memilih makanan berdasarkan keinginan. Lebih-lebih lagi apabila terdapat terlalu banyak pilihan makanan di luar sana. Antara makanan yang sering menjadi pilihan adalah makanan yang menjimatkan masa dan sedap seperti coleslaw.

Coleslaw sentiasa digemari oleh penggemar sayur-sayuran dan juga penggemar makanan barat. Coleslaw biasanya dijadikan pelengkap hidangan. Terutamanya untuk hidangan barat seperti chicken chop. Ada juga yang menjadikan coleslaw sebagai makanan harian ataupun makanan diet. Harga semangkuk coleslaw boleh mencecah RM5 atau lebih. Jadi mengapa tidak buatnya sendiri di rumah? Mari kita tengok cara-cara membuat coleslaw yang mudah dan sedap.

Bahan-bahan:

pexels-photo.jpg

 

·         1 biji kubis yang kecil. Ungu atau hijau tidak kisah, boleh juga dicampur keduanya.

·         1 biji lobak

·         ¼ kotak susu segar

·         6 sudu makan mayonis

·         ½ biji lemon

·         1 sudu makan lada hitam

·         1 sudu teh garam

·         1 sudu makan gula

 

Cara-cara:

·         Hiriskan kubis dan lobak sehalus yang boleh. Pastikan sayur dicuci terlebih dahulu.

·         Campurkan semua bahan. Lemon haruslah diperah jusnya.

·         Gaul sehingga rata.

 

Senang bukan? Setelah siap digaul, simpankan di dalam peti sejuk selama dua jam. Setelah itu, coleslaw anda siap untuk dinikmati. Diharap resepi ini akan mendatangkan idea anda untuk menikmati hidangan hari ini. Selamat mencuba dan menjamu selera! Apakah resepi yang anda ingin tahu dari kami? Beritahu idea anda di ruangan komen di bawah.

The Secret Trick For Brows on Fleek

The Secret Trick For Brows on Fleek

Manfaat Mempelajari Banyak Bahasa

Manfaat Mempelajari Banyak Bahasa